Sunday, August 17, 2008

TEMA REKA CIPTA 2009

Tema Penyiraman
Bidang Petanian.

Fokus : Reka ciptaan hendaklah mempunyai kompenen kejuteraan tapak semaian (nursery) / perkebunan / perladangan.

Pengenalan : Menyiram tanaman menjadi sebahagian daripada aktiviti penjagaan tumbuh-tumbuhan di kebun/ladang.

Takrif : Menyiram adalah satu proses kerja untuk menyiram/ mencurah / menjirus air.

Aplikasi : Alat / peralatan yang boleh digunakan untuk melakukan aktiviti / kerja menyiram air dalam aktiviti pertanian.

Kaedah : Kaedah yang mesti digunakan adalah memutar/ menyembur / memancut / menitis / mencurah / menjirus.

PELUPUSAN

Bidang : Konsumer / penguna.

Fokus : Reka ciptaan industri.

Pengenalan : Melupus sesuatu bahan / objek yang tidak diperlukan oleh manusia merupakan satu keparluan dalam kehidupan seharian.

Takrif : Pelupusan merupakan satu proses kerja untuk melupus sesuatu bahan /objek yang tidak dikehendaki.

Aplikasi : Alat/peralatan yang boleh digunakan untuk melakukan kerja melupus bahan/objek yang tidak dikehendaki.

Kaedah : Kaedah yang mesti digunakan adalah menghentam / merincih / menghimpit / memampat / mencincang.


TEMA PENGAWALAN

Bidang : Keselamatan.

Fokus : Reka ciptaan robotik.

Pengenalan : Mengawal keselamatan objek/tempat/bahan amat penting dalam kehidupan seharian manusia.

Takrif : Pengawalan merupakan satu proses kerja yang menjaga dan mengawasi sesuatu hidupan/objek/tempat/ bahan supaya selamat/sempurna/teratur/memenuhi sesuatu tunjuan.

Aplikasi : Alat/peralatan yang boleh digunakan untuk melakukan kerja/aktiviti mengawal sesuatu hidupan/objek/tempat/
bahan supaya selamat/tidak melampau had/mematuhi peraturan/memenuhi sesuatu tujuan.

Kaedah : Kaedah yang mesti digunakan adalah /menarik /membuka/ menghitung/menutup/ menghadang/ mengetuk/menyembur/memancut

1 Comments:

At November 1, 2008 at 5:47 AM , Blogger Cg Rajaei Ali said...

ada tak apa2 pertandingan rekacipta utk tahun 2008 atau 2009 y saudara tahu.sila emailkan pd sy sekiranya saudara mengetahuinya.tqpde10d@yahoo.com.my

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home